CERITA TENTERA, AIRSOFT, PAINTBALL & CERITA AKU

Woodsball lain dari Speedball (paintball padang), Speedball main kat padang berbantalkan tong dram dan bebelon angin, Woodsball pulak main di dalam hutan, berlawan dengan pacat, kala jengking, nyamuk & semut resaksa & main seperti perang betul-betul dan lebih mempunyai jalan cerita.

Contohnya, save the president, capture the flag, diffuse bomb dan kalau berminat nak lagi ganas dan sadis bleh main macam game Call Of Duty dan Counter Strike... perghhh layan...

Aku start main woodsball nih takde la lama sangat, sebelum ni aku main airsoft dari tahun 1990an, sekarang dah berenti main airsoft & bebarang semua dah jual sebab sukan airsoft ni diharamkan di Malaysia tapi aku tak nampak pun IMPACT buruk sukan airsoft ni kat Malaysia, berapa ramai sangat orang yang berani guna senjata mainan untuk merompak? Atau berani ke kita guna senjata mainan dan berdepan dengan Pak Guard yang pakai Pump Gun tu?...Kes rompak guna senjata betul lagi banyak dari senjata palsu dan aku pun tak paham kenapa negara-negara maju lain meng-halalkan sukan airsoft ni tetapi kita tidak...entah la...dari buat benda tak elok baik main paintball & airsoft kan...Ada gak menafaat...

Ok citer tentang aku pulak...

Apa yang buat aku ada pengalaman menembak ni mungkin sebab dedulu dok ngikut Pak Long aku memburu rusa, kijang, kancil dan beburung di hutan, so rasanya agak dah biasa memegang senapang nih, bagi aku marker paintball/ airsoft ni lebih kurang sama jer dengan senapang betul cuma peluru lain, recoil pun sememang nya lain.


HOPE SEMUA READERS ENJOY MEMBACA BLOG SAYA NI & JUGA SAYA HARAP SEMUA BOLEH FAHAM CARA-CARA BUKAK-MEMBUKAK TIPPMANN A5 / 98 YANG SAYA SEDIAKAN.


SAYA BELUM TUNJUK LAGI ILMU DIY REBORE MARKER LAGI KAN...POWER DAN SEDAP PERGINYA...HEHEHE

THANKS

totis Paintball Valley aka Black Cell



Wednesday, November 24, 2010

PROTOTYPE KERETA PERISAI PERTAMA MALAYSIA TAHUN 2012




Bandingkan AV4 dengan kereta perisai Iguana buatan Sabiex International (Gambar Atas)

Perbezaan yang ketara adalah kedudukan pemandu, di mana AV4 (Driver duduk belah kanan) dan Iguana (belah kiri). Gambar oleh penulis sendiri.




1. Puas saya mencari jawapan mengenai hasrat Malaysia terhadap kereta perisai bertayar 8×8 buatan Turki iaitu PARS atau AV8

2. Persoalan untuk jawapan ini timbul memandangkan jumlah yang dibeli adalah terlalu banyak iaitu lebih kurang 500 buah dalam pelbagai variasi, malahan harganya juga sangat mahal di mana mencecah RM8 bilion.

3. Sekali lagi banyaklah cerita-cerita tidak enak dan pelbagai hujah serta pendapat membanjiri medan internet terutama kononnya wujud pilihan yang lebih baik.

4. Saya kemudian menghubungi sumber dalaman saya dari pihak industri, beliau memberitahu pembelian yang sangat banyak dan mahal ini ada kaitan dengan pengiriman teknologi terkini dari pihak pembuat AV8 atau PARS iaitu FNSS dari Turki supaya Malaysia boleh mengeluarkan keretaperisai buatan sendiri.

5. Pihak Deftech diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk mengeluarkan prototaip pertamanya pada 2012.

6. Maklumat yang diberikan kepada saya ini adalah sesuatu yang sangat eksklusif dan tidak banyak pihak luar yang mengetahui rahsia pembelian itu dan ini kali pertama anda mendengarnya.

7. Sekali lagi kepada pihak luar sana, jangan cepat melenting kerana pembelian PARS itu pun belum menjadi kenyataan kerana apa yang ditanda tangani semasa perjanjian DSA 2010 baru-baru ini di Kuala Lumpur hanyalah SURAT HASRAT (LOI - Letter Of Intend) sahaja.

8. Kerana faktor ini juga, kumpulan NAZA masih mahu mencuba nasib dengan kereta perisai 8×8 buatan Poland iaitu ROSOMAK.

9. Dengan maklumat yang disampaikan kepada saya ini, ia menunjukkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya akan mempunyai kereta perisai baru di antara tahun 2013 hingga 2015.

10.Pemindahan teknologi ini dimungkinkan kerana pengeluaran kereta perisai yang sangat banyak dan ini sudah pasti menguntungkan FNSS dari Turki juga, jika beli sedikit, tidak mungkin pemindahan teknologi ini berlaku.

11.Sekarang sudah terjawap mengapa harganya sangat mahal, harga ini termasuk “Blueprint” pemindahan teknologi yang ampuh dari sebuah negara Islam ke sebuah kerajaan Islam yang lain untuk pembinaan kereta perisai pertama Malaysia yang boleh dipakai oleh ATM serta juga untuk dijual ke pasaran antarabangsa.


AV4 BUKAN BUATAN MALAYSIA???

12. Kenderaan buatan Deftech iaitu AV4 yang sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada APC Condor mungkin akan terus berkubur selepas kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk mengantikan kenderaan yang sedia ada dengan kereta perisai 8X8.

13. Zaman sekarang ini susah betul untuk cari barang “original”, AV8 ini sendiri pun bukan APC atau kereta perisai buatan Turkey sebaliknya direkabentuk oleh sebuah syarikat dari Amerika Syarikat iaitu GPV.

14. Sekarang ini ramai pula yang tertanya-tanya bagaimana pula dengan AV4 yang didakwa merupakan buatan Malaysia sepenuhnya. Entahlah saya sendiri sendiri tidak pasti tetapi pada pameran DSA 2008 dahulu, jurutera Deftech memberitahu saya bahawa ia memang kenderaan buatan Malaysia, malahan Jane’s Defence sendiri meletakkan kategori kenderaan ini sebagai buatan Malaysia.

15. Jika dilihat dari rekabentuk dan kemampuan, sebenarnya AV4 ini memang seiras dengan
kenderaan keluaran sebuah syarikat dari Belgium iaitu Sabiex International, kenderaan ini dinamakan Iguana.

16. Sebab-sebab Deftech gagal menjual AV4 kepada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) tidaklah saya tahu secara tepat tetapi saya yakin KEMENTAH mahukan sebuah kereta perisai yang mempunyai ketebalan perisai yang baik dan mampu melindungi anggota yang menggunakannya.

17. Persoalannya apakah benar AV4 buatan Malaysia? Jika benar mengapa pada peringkat R&D (Deftech ada bahagian R&D ke?), pihak Deftech ini tidak berbincang dengan Kementah mengenai spesifikasi yang boleh ditawarkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

18. Tambahan pula, Sabiex International telah menjual semua rekabentuk termasuk hakcipta kepada pihak luar misalnya Bae dari UK, jadi apakah Deftech mendapat tempias dari penjualan ini.

19. Saya bukan tidak menyokong polisi untuk membantu industri tempatan tetapi saya sendiri melihat AV4 tidak mampu menjadi kereta perisai atau APC Malaysia yang baru kerana bagi saya, AV4 atau Iguana sendiri dikategorikan sebagai “Lights Armor Vehicles” dan tidak berkemampuan untuk survive dalam senario pertempuran hari ini kecuali di pasang dengan perisai Reactive Armour.

20. Tidak semestinya kita kena wajib beli barang buatan Malaysia semata-mata untuk membantu syarikat tempatan mendapatkan wang keuntungan jika spesifikasi produk tidak mampu menjamin keselamatan nyawa anggota tentera kita.

21.Jika mengikut Jane’s Defence, pihak Polis Di Raja Malaysia ada menempah 2 buah kenderaan AV4 dari Deftech pasal itu semasa pameran DSA 2010 yang baru berakhir, kita boleh lihat Deftech meletakkan AV4 dengan cat polis sebagai pameran statiknya.

22.Secara jujur saya berpendapat AV4 ini memang sesuai untuk tugas-tugas kepolisan dan rondaan.

23.Jika dilihat dari ketebalan armornya (hanya sekadar 7.62mm) , ia tidak bertahan dari serangan peluru yang lebih besar dari itu apatah lagi RPG, seperti yang berlaku ke atas APC Condor dalam pertempuran di Bakara Market, Somalia beberapa tahun lepas yang menyebabkan seorang anggota mekanise terbunuh.

KERETA PERISAI S5

24.Tidak lama dahulu kita dihebohkan dengan pembelian kereta perisai dari jenis S5 buatan Korea Selatan.

25.Ramai yang tertanya jika ia akan menjadi kereta perisai atau APC Malaysia yang baru memandangkan kerajaan tidak memilih kereta perisai AV4 pun.

26.Rupa-rupanya ia bagi memenuhi keperluan mendesak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang berkhidmat di Timor Leste dan hanya empat sahaja dibeli dan dicat dengan warna putih.

27.Semasa saya ke Timor Leste, saya lihat kenderaan itu digunakan bagi mengawal kem PDRM di sana dan saya difahamkan, keempat-empat kereta perisai itu tidak dibawa pulang ke Malaysia.

28.Ia akan didermakan kepada pasukan keselamatan Timor Leste sebagai sebahagian dari pakej bantuan untuk membangunkan pasukan keselamatan negara pulau itu yang baru merdeka dari Indonesia.

29.Selain kereta perisai S5, pihak ATM yang pernah berada di Timor Leste sebelum kedatangan PDRM juga tidak membawa pulang berpuluh-puluh trak miliknya, kesemua didermakan kepada negara itu, lagipun kos membawa pulang terak-terak ini sangat mahal.

EMPAT ATAU LAPAN TAYAR

30.AV4 dan kebanyakkan kereta perisai seperti Condor tidak mempunyai ketebalan perisai, beban angkut dan kemampuan “Cross Country” yang diharapkan.

31.AV4 dan kenderaan sekelasnya dalam kategori 4X4 mempunyai berat kurang dari 14 tan dengan perisai yang mencapai tahan Peringkat 2 (boleh diupgrade kepada Peringkat 4 dengan pemasangan Reactive Armour).

32.ATM memerlukan sebuah kenderaan yang dapat memecut dengan stabil (tidak macam Condor yang senang terbalik) serta sebuah kenderaan yang mempunyai ketebalan perisai yang sangat baik (hasil dari pelajaran di Bakara Market Somalia dan operasi US di kawasan penempatan bandar di Iraq).

33.Walaupun ada pihak yang mengkritik bahawa keadaan muka bumi di Malaysia tidak sesuai dengan kederaan perisai 8X8 yang berat di mana PARS sendiri mempunyai berat lebih kurang 20 tan.

34.Keadaan muka bumi yang sama juga tidak mengizinkan kereta kebal diperkenalkan tetapi ATM tetap membeli kereta kebal PT-91 yang mempunyai berat lebih kurang 40 tan.

35.Umum jangan lupa, bahawa kawasan pantai barat negara ini merupakan kawasan penempatan manusia di mana permukaan buminya terdiri dari jalanraya bertar dan medan pertempuran yang terdiri dari ladang serta estet.

36.Inilah medan pertempuran sebenar, ATM menyedari hakikat ini dan kerana itu kereta kebal serta kereta perisai yang bersesuaian perlu diperkenalkan.

37.Kalau saya seorang askar, saya merasa lebih selamat untuk bergerak dalam sebuah kereta perisai yang berat seperti PARS dari sebuah kereta perisai ringan macam Condor yang terbukti tidak mampu menahan ledakan peluru RPG.

38.Satu perkara lagi, Malaysia merupakan sebuah negara yang aktif dalam menyokong operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, jadi kenderaan seperti PARS sangat bersesuaian jika kita melihat sejarah operasi ATM di Somalia dan Bosnia.

39.Tentera kita lebih terdedah kepada aksi pertempuran di luar negara berbanding di tanahair sendiri.

40.Pendek kata, kereta perisai yang berat dan bertayar 8X8 ini boleh diibaratkan seperti SERAMPANG TIGA-EMPAT MATA, hehehehe.

SINGAPURA MEMANG CERDIK

41. Kita lihat Singapura yang sudah membangunkan kereta perisai 8X8 jenis Terrex yang mempunyai berat di antara 25 ke 30 tan.

42.Umum tahu bahawa strategi Singapura adalah menjadikan selatan Malaysia sebagai kawasan pertempuran, ini bermakna kepulauan itu sendiri selamat dari bahang peperangan.

43.Tak akanlah Singapura yang maju, mempunyai mentaliti kelas pertama dan cerdik itu menjadi terlalu bodoh dan bangang untuk membangunkan sebuah kereta perisai bertayar 8X8 yang maha berat sampai 30 tan.

44.Singapura tidak bodoh untuk menggunakan kereta perisai serba canggih dan mahal buatannya untuk meleyek rumah-rumah kampung Melayu di sebelah pantai Timur atau melalui jalan-jalan lapuk dan kebun-kebun serta hutan paya di kawasan pantai Timur Malaysia.

45.Askarnya yang serba canggih ala-ala “Robocop” itu juga memerlukan jaminan untuk pergi berperang, mereka perlu berasa selamat dan Terrex dengan beratnya (berat kerana ketebalan perisai) mampu memberikan perlindungan ini.

46. Selain dari itu, Singapura bukanlah syok sendiri untuk mengeluarkan Terrex, pasaran antarabangsa untuk kenderaan 8X8 tidak banyak diluar sana dan lambat laun, kebanyakkan negara akan mengikuti trend penggunaan kereta perisai 8×8 ini dan permintaan untuk kenderaan tersebut pasti meningkat tinggi.


Military Of Malaysia

No comments: